Patutkah Saya Berkahwin Awal?
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan
dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila
telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan)
yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat
persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang
fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu
pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah
tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara.
Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la
lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan
berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa
mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat
yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja
sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada
isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai
yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin
dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan
wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah
yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada
berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi
tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.
Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak,
dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba
kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang
berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang
mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak
larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai
penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki
dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba
kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul
urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi
hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun,
jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa
bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri.
Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam
semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak
perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah
saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu
diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan
agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang
menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar
semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin
bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada
fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda.
Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang
tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita
cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan
perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat.
Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak
langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri,
jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang
laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka
nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka
bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan
Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya
dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?
Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah
saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di
lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri
sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri
dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih
baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya
lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia
sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor
penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu
bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau
ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan
fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada
adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup
wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap
hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik
untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila
seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka
terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan
kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu
susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak
kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.
(Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat
bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal
berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga.
Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati
Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara
hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Kalau jodoh kita tidak datang awal, bermakna belum tiba masanya lagi. Allah itu maha mengetahui, dia sudah tetapkan, kita sebagai hamba-Nya, hanya perlu berdoa supaya diberikan yang terbaik. InsyaAllah :)
ReplyDeleteinsyallah sis :) doa senjata mukmin :)
Deletebetul ckp awk...kakk sya pon nk kawen muda.umur dy baru 19..tu smua utk elakkan dri dri membuat maksiat...by the way..nice entry & blog =)
ReplyDeletekak awak sama umur ngn saya lah :)
Deleteinsyallah law ada jodoh..mudah2an ia terbaik tuk kita :)
nice entry, jodoh entah kemana deh
ReplyDeletethxz :) betol3
Deletebagus entry awk syg nme sme ngan sy :)
ReplyDeletehmm sbnr nye ade hikmah nye klu kte berkwen awl ni sbb nye ia akn mendatangkan semangat yg len dri yg len syg..hmm cm sy insyallah sejak menikah alhamdulillah terase len..walaupon kmi hanye menikah gantung.. :)
insyallah benda yang baik tidak merumitkan..:)
Deletebetol ckap akak tu.. :)
insyallah syg~~ akan ade hikmah nye dgn mendirikan umah tangge walaupon dlm mse kte stdy nie..
Deletekalau diizinkan tuhan shereen pun na kahwin awal :)
ReplyDeleteshikin doakan semoga shereen dpt jodoh awal :) amin ^^,
DeleteFara sokong kalo kawen awal ni... =)
ReplyDeleteinsyallah farah.. :) jum kita kawen awal .hehe
Deletesemoga ketemu jodoh yg baik2 n soleh.. :))
ReplyDeletekawen3x..
insyallah :) thxz dearr :) hope awak pun :))
ReplyDeletehehe.. kebetulan isi entry lebih kurg sama =)
ReplyDeletehttp://cintailmu89.blogspot.com/2012/04/jodoh-kenalah-cari-yang-cun.html
saya dah baca.. semoga dapat yg 'cun' disisiNYA . :)
ReplyDeleteINSYALLAH