–> ♥ my story (。◕‿◕。) my life ♥: 2012

Saturday 15 September 2012

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.


TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Tuesday 4 September 2012

ME AND MY PINGU . HAHA

salam  hye. lama x update blog. haha . sorry. bz lah. hehe . today baru je abeh speaking test. humh no komen. haha :P .. ta de pa pon nak update. cuma 1st time je shikin ngn dya kua ngn dya pakaian ktorg match. hahah. time nih kua g QB PENANG. jejalaan2 even time kua tu gado sbb tu mmg rutin harian kami. hahah gado memanjang. dy tu susa nak pjuk, mmanjang law dya marah law shikin pjuk mmg dy xpernah mkn pjuk. mula lah shikin majuk balik. then dya plak pjuk. hehe. shikin senang pjuk tapi ngn dya jelah. :)










TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Sunday 29 July 2012

Memang ALLAH sengaja....

Memang Allah sengaja….

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
...
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..


TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Monday 23 July 2012

CEMBURU BUTA MENGUNDANG PERPISAHAN .

Perasaan cemburu adalah normal dalam sesuatu perhubungan. Namun, terdapat segelintir pasangan yang mempunyai perasaan cemburu yang meluap-luap sehingga perasaan cemburu itu menjadi tidak normal. Perasaan cemburu ini dikenali sebagai cemburu buta. Cemburu buta boleh mendatangkan keretakan terhadap sesuatu perhubungan. Pasangan akan mula rasa rimas dan akan cuba mengelakkan diri dari pasangan yang cemburu buta. Jika anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar hubungan anda dan pasangan kekal harmoni. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta.

1. Kenalpasti faktor penyebab


Anda harus megenal pasti apakah sebab musabab yang menyebabkan anda berasa terlalu cemburu terhadap pasangan anda. Adakah ia disebabkan oleh peristiwa hitam yang pernah berlaku pada anda sebelum ini? Atau anda kurang percaya dan yakin pada pasangan anda? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri?. Carilah sebabnya agar anda tahu di manakah puncanya perasaan cemburu buta itu terbit.

2. Berfikirlah


Fikirlah sedalam-dalamnya tentang apa yang anda lakukan terhadap pasangan anda. Adakah betul apa yang anda lakukan terhadapnya selama ini?. Selalulah berfikiran positif dan berpandangan jauh.


3. Bina keyakinan diri


Kurang yakin terhadap diri sendiri adalah salah satu punca kepada sikap cemburu buta. Merasa sangsi terhadap pasangan kerana merasakan diri sendiri tidak hebat dan banyak kekurangan boleh meretakkan sesuatu hubungan. Oleh itu, anda perlu membina keyakinan terhadap diri sendiri dengan mengenal pasti kelebihan yang ada pada diri sendiri dan yakinlah bahawa anda punya keistimewaan yang tersendiri di mata pasanan anda.


4. Beri markah pada tahap cemburu


Setiap kali anda rasa cemburu, ambil kertas dan tulislah rasa cemburu anda. Kemudian, berilah markah kepada tahap cemburu anda. Tanya pada diri anda sendiri, mengapakah anda bersikap sedemikian dan berilah markah sekali lagi.


Perasaan cemburu buta boleh meretakkan hubungan baik anda dengan pasangan dan juga boleh mengundang kepada perpisahan andai cemburu buta tidak dikawal. Jadi, kawallah perasaan dan rasa cemburu anda agar hubungan anda dan pasangan berkekalan dan aman bahagia.


pssstt: Cemburu tandanya sayang, tapi cemburu buta, sayang boleh melayang. Bye sayang…Oh..don’t don’t. (Jika tak mahu sayang melayang, sila kawal perasaan cemburu anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi perasaan cemburu buta)

TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Friday 13 July 2012

TERLALU MENCINTAIMU



Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa meneteskan air mata
Jatuh rasanya langit ini

Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu

Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat sayang

Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa meneteskan air mata
Jatuh rasanya langit ini

Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu

Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat sayang






TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

AKU TAK BERDAYA


Masa yang terindah
Kini semua telah berakhir
Karena kau berubah
Tak seperti dulu lagi

Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu

Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta

Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu

Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta









TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Sunday 8 July 2012

TERHENTI DISINI



Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini

Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta







TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Friday 29 June 2012

JGN KACAU DIA !

shikin dah mula sygkn seseorg xmudah shikin lepaskn dya. serius ! not easy to let u go dear  <3
Insyallah shikin harap hubungan shikin ngn dia smpai satu thap dgn ikatan yg sah. shikin pernah d lukai , pernah di permain, pernah d kecewa kn oleh lelaki DAN juga ,kesan dari tu, shikin pernah maenkn perasaan lelaki, bg harapan kat lelaki, kecewakn lelaki .BENCI lelaki... tp semua berubah lepas shikin kenal MOHD HAFIZUDDIN ABDUL RAHIM . sbb dya byak besabaq ngn baran shkin .kesabran mmbuatkn hubungan kami masih kekal .
ALHAMDULILLAH.. 

tp perkenalan kami mula atas dasar membe. yup ! membe.. ! serius . bila dya bgtaw dya mnat kat shikin, shikin xterkejut pon,sbb shikin mmg da taw. then dy mnx couple. yes ! shikin accpt ! cpt x ? hahah suma tu startegi je tu.ye la..shikin baru je masa tu di kecewakn tahap maximum oleh kaum adam . so sesi blas dendam la katakan. shikin accpt dya sbb nak lupa kisah lama then nak jd player . dlm 2 mggu cple tu shikin mnx ptus trus. yela sbb xdk feeling lgsung. wat pe lama2 cple. shikin ingtnya dya pon xpa la.. sbb suma tu baru lg. nak ada feeling2 ni mmg xla kn ?? tp tu bg shikin. bg si hafiz tu  laen. terkejut jgak la apa yg jadi masa shikin mnx break ngn dya.

skip -->

hehe then di sebab kn dya byak sedaq kan shikin. so shikin pon dah mula syg kat dya.
bila dah mula syg dugaan satu per satu mai :( DUGAAN !
betoi org tua2 ckp.. sbenaqnya dugaan tu mematangkn kita. :)
xperlu mengeluh dgn dugaan sbb ALLAH xzalim . dugaan yg diberi masih mampu kita tangung :)
hubungan kami pernah juga goyah sbb org ke 3 . pernah jgak sbb d tagih kekasih lama ,.
yg paling shikin asa btoi2 dugaan time part 2 kat uitm :(
masa tu dah la nak dekat final , ada je org nak cari pasai . tp xpa lah. bnda lepas mlas nak kenang :)

skip-->

Insyallah. biaq kita susah senang bersama . :)
Shikin doa hubungan kita di akhiri dgn ikatan yg sah. amin :)









TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Thursday 28 June 2012

BOOTH 'PINKY' :)

Assalamualaikum.. :)
salam jumaat ! :)



lama shikin xupdate blog. bz skit sejak masuk sem 3 kat uitm nih. wow ! subject sem ni adventure gileerr ! takutttttt ! but we must face it ! hahah

Entry kali  ni shikin nak  celoteh pasai JOM NIAGA ! korang taw dak pa tu jum niaga. 
himpunan usahawan mikro kecil dan sederhana . event ni buat kat UITM KEDAH .:)
(bannga .huwawawa  :D )



so. shikin pon terlibat jugak. under kelab usahawan UITM , KELAB PEWARI :)
Ktorg jual pizza, cake, bun , dll.. heheh..( psstttt tema booth ktorg PINK ! :p )







EHH ! tetiba je mamat nii kan ! haha booth dya depan booth ktorg.
dya jga under usahawan UITM  jgk . so ! sama2 kena behave la kn :P


GADIS2 PEWARI :)



fatin. n tuan raihanah  (comel je depa dua pkai pink ) 


sebelah fatin tu Madam suzek ( lect graphic )
yg depan tu lecturer gak. tp xtaw nama.. heheh


BOOTH PEWARI








model pewari . haha


# miss this moment !. pengalaman kali ni best jgak. dpt jumpa ngn TPM .:) HA banting kat belakang model tu.. kitorg create seniri taw ! di pantau oleh madam suzekk :))

 okkk..byee ~ 

TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Monday 11 June 2012

TANDA LALU LINTAS CINTA

CINTA..CINTA..CINTA..
hahaha.. suma org pernah cinta kan ? kalu x cinta pon, mesti suka dlm diam kan ?
hehe yelaa.. perasaan cinta kan fitrah semulajadi.. memang ALLAH dah tetap kn.cuma kita je yg kawal perasaan tu.. so petang ni sementara shikin tggu klas.. terasa nak update blog mengenai perasaan ni..

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepanjang perjalanan kita bercinta pasti mesti melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kita lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan. Begitu jugalah percintaan korang. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:



DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sehaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

.

JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. Begitulah berlaku sebaliknya.

.

SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.

.

PEJALAN KAKI
Biarkan si dia belalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.

.

JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudah tidak tepati janji.




.

JALAN SEMPIT
Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.

.

AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirkan sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.

.

JARAKKAN KENDERAAN
Biarpun kamu berdua sudah ‘declare’ sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!

 .

p/s : patuhilah keselamatan jalan raya..ingatlah orang yang tersayang :)



TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Friday 8 June 2012

PART 3 STUDENT

ASSALAMUALAIKUM..




hyeee !
lama gila x update blog ! heheh..
ada je idea nak tulis tapi sbb bz skit..
pastu lupa.. so rini shikin dah masuk dah uitm after dah abeh cuti sem,,
now.. IM PART 3 STUDENT DGD ! :)


ALHAMDULILLAH.. result shikin sem lepas xdak repeat,,
cumaaaa.. pointer jatuhhhhhhh . sedih :'(


TARGET THIS SEM !
NAK DAPAT DEAN LISTTTTTTTT ! :)
insyallahhh ! chaiyokkkk shikkiiinn !! 



TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Wednesday 25 April 2012

GUSHCLOUD







pada pagi nie hafiz addin nak share satu benda nie.disebabkan shkin line problem hafiz yg update..hehehehe..haaa sebelum tu tuan pnya blog nak tnya skit besa dgaq says.my,churp-churp x???haa kalau besa dgaq bguss...bukan ape kebanyakkan blogger2 msty nk cri duit lebih kan??disamping ber blogger2...btul x?hehehhe..sma la dgn hafiz pn..so,pada kesempatan nie hafiz nak share laaa sbb bnda nie baru lg kpd follower2 utk menjana pendapatan...yang best kawan-kawan cash out bnda nie rm20 je...mcm churp-churp.says.my lambat kan nk cash out...so,jum kita mula dari sekarang...hehehe..nah amek link nie
click link nih: click sini

print screen result nah..hehehe
tngok nahhh~


Bukti paymentt!!!!!





cara daftar dye sma jer dgn kamu smua daftar churp-churp n says.my...lebih kurang la..saya asa..hehehhe...saya harap perkongsian saya mmberi manfaat kepada blogger2 seperti sy...assalamualaikumm..waa aa lal liqokk..:DD

TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Monday 23 April 2012

ANDAI LELAKI TAHU ......





ANDAI LELAKI TAHU


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

SEMOGA BERMANFAAT

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.


credit to HAFIZ ADDIN .

TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Sunday 22 April 2012

JGN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"




SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH.

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”




TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Ciri-Ciri LelaKi IdamaN Wanita

assalamualaikum wbrtuh kpd semua yang mmbaca entry shikin...trlebih dahulu shikin ingin mngucapkan  berbnyak tima kasih nahh sesiapa yang sudi singah mai kt blog nie haaa~~heee pelek penang sudah~hehehehe..opsst dah lwt mlm nih..ok2 tujuan shkin update entry blog shkin adalah nak share kpd smua org yang mmbca entry nie tentang ciri-ciri lelaki idaman wanita masa kini(pls:betul ker nie????)..haaa..... klw nak tokok tmbah cek kak-cek kak n cek abg-cek abg bole mai drop komen kt bwh entry kt bawah tue nah..:DD...ok shikin dapat taw 10 ciri-ciri llaki idaman kaum hawa nii haaa...meh kaih-meh kaih tngok...heeee...:DD


1. LELAKI YANG PRIHATIN -
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh  yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..
2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -
Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum   perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja.  Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak,   mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. LELAKI YANG WANGI -(haaa yang nie msty ALERT!!! kaum hawa oiii..heeee)
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

6. LELAKI YANG PEMURAH -
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -
Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila   mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau   undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -
Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

ADA APA-APA PERBEZAAN??? Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuti carta tersebut.. janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah di lali, bebal atau kebal...Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN.... bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataan kan...jadi...kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiara  kata...pun..ehsan Cik Tona jugak ni...iaitu mutiara kata yang   berbunyi...


p/s:hehehe..papehal xpuas hati ker..tokok tambah ker...DROP comment nahh~~Dialu2 kan...kepada yang tak follow lg..mai laaa follow mai..nt shkin follow balek laa..amboihh..:DDD
   
    



TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA

Saturday 21 April 2012

STUDENT Kahwin MUDA ?? tp......


Patutkah Saya Berkahwin Awal?

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?


Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?



Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?


Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?



Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?



Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.


Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)


TERIMA KASIH SI COMEL DAN KACAK KRN SUDI BACA ENTRY SAYA